Alhamdulillah masih bernafas dibumi Allah ini. Diberi peluang untuk berkarya di blog ini lagi.. hehe. Target nak update blog 1 kali untuk 1 minggu. Harapnya dapat lah konsisten itu. Tapi kalau banyak idea, banyak la entry.. 😄 Jangan lah kamu kamu bosan pulak ye nak singgah ke sini.
Kali ni nak kongsi pengalaman berniaga. Hari ni hari ke-3 berniaga di Sekolah Bukit Jalil; rendah dan menengah (Isnin, Selasa, Khamis), tinggal esok lagi sehari (Jumaat). Start gerak pergi niaga sekitar pukul 11 pagi. Sekitar pukul 2.30-3.00 petang dah bungkus balik dah. Tak lama mana pun, tapi kalau budak-budak datang sekali ramai berebut-rebut, aduh nak pengsan rasa. Pinggang pun boleh sakit ok. Bukan apa, niaga atas food truck, budak-budak sekolah rendah yg kecil comel molek tu x berapa nak sampai nak ambil barang belian dan menghulurkan duit. Terpaksa la diri ni yg membongkok ke bawah untuk memberi dan mengambil. Fuhh patah pinggang kalau sekali ramai yg datang macam tu tahu.
Saja tolong cousin berniaga sementara free sebelum mula training or keje lagi. At least dapat lah tambah duit poket sikit. 😏 Kami jual Ayam RM1 dan Air Milo juga RM1. Dekat sekolah mana boleh jual mahal-mahal, nanti tak ada siapa beli. Nak niaga kena lah pandai tengok tempat dan kadar nya. Tak gitu?
Sepanjang niaga tak sempat nak tengok phone pun, so gambar pun tak dapat nak snap bebanyak. Ada la sikit masa mula-mula niaga tu. Nak jugak kan sebagai kenangan. Korang nak tengok jugak? Meh sy kongsi sikit gambar dan video yg sempat dirakamkan. Hehehe!
My cousin & I
(yg tengah busy kat belakang tu i ok, bukan yg depan nih. haha)
Video 👇👇👇
Sekian