Pages

Berniaga di Sekolah

Thursday 12 April 2018

Assalamualaikum

Alhamdulillah masih bernafas dibumi Allah ini. Diberi peluang untuk berkarya di blog ini lagi.. hehe. Target nak update blog 1 kali untuk 1 minggu. Harapnya dapat lah konsisten itu. Tapi kalau banyak idea, banyak la entry.. 😄 Jangan lah kamu kamu bosan pulak ye nak singgah ke sini.

Kali ni nak kongsi pengalaman berniaga. Hari ni hari ke-3 berniaga di Sekolah Bukit Jalil; rendah dan menengah (Isnin, Selasa, Khamis), tinggal esok lagi sehari (Jumaat). Start gerak pergi niaga sekitar pukul 11 pagi. Sekitar pukul 2.30-3.00 petang dah bungkus balik dah. Tak lama mana pun, tapi kalau budak-budak datang sekali ramai berebut-rebut, aduh nak pengsan rasa. Pinggang pun boleh sakit ok. Bukan apa, niaga atas food truck, budak-budak sekolah rendah yg kecil comel molek tu x berapa nak sampai nak ambil barang belian dan menghulurkan duit. Terpaksa la diri ni yg membongkok ke bawah untuk memberi dan mengambil. Fuhh patah pinggang kalau sekali ramai yg datang macam tu tahu.

Saja tolong cousin berniaga sementara free sebelum mula training or keje lagi. At least dapat lah tambah duit poket sikit. 😏 Kami jual Ayam RM1 dan Air Milo juga RM1. Dekat sekolah mana boleh jual mahal-mahal, nanti tak ada siapa beli. Nak niaga kena lah pandai tengok tempat dan kadar nya. Tak gitu?

Sepanjang niaga tak sempat nak tengok phone pun, so gambar pun tak dapat nak snap bebanyak. Ada la sikit masa mula-mula niaga tu. Nak jugak kan sebagai kenangan. Korang nak tengok jugak? Meh sy kongsi sikit gambar dan video yg sempat dirakamkan. Hehehe!



My cousin & I 
(yg tengah busy kat belakang tu i ok, bukan yg depan nih. haha)

Video 👇👇👇


Berniaga ni seronok, tapi dalam masa yg sama penat. Tu dah adat lah kan? Sebenarnya ikutkan kerja apa pun tetap akan penat jugak, sebab kita guna tenaga kan. Yang penting kerja tu mesti lah dari sumber yg halal. Itu yg paling utama 👍Okey lah. Rasanya sampai di sini saja. Kita jumpa lagi lain kali lain hari di lain entry.

Sekian


9 comments:

  1. wah... bestnya pengalaman <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. kalau nak tahu ni bukan 1st pengalaman niaga pun. Ada lg yg lain. Hehe.. blh la kumpul2 bt kenangan :)

      Delete
  2. Bestnya dapat timba pengalaman. Semoga sukses selalu :D

    Unfold me here : The Hundred Pages | Eyqa Zaque

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Yup seronok.. hihi thanks a lot. u too dear ;)

      Delete
  3. wuu bestnya meniaga, me also like to meniaga hehe dah biasa dari kecil

    ReplyDelete
  4. sedap pula tengok air milo tu. Berniaga ni best sebenarnya bila tengok orang puas dengan barang yang kita jual

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Jemput jemput. Milo bila pernah x sedap? hehehe. Betul tu, seronok bila kita tengok org seronok

      Delete
  5. the kind of experience yg bukan semua boleh dapat. good for you ^^

    ReplyDelete

 
COPYRIGHT BY BEE ARIE 2018