Pages

Berniaga di Sekolah

Thursday 12 April 2018

Assalamualaikum

Alhamdulillah masih bernafas dibumi Allah ini. Diberi peluang untuk berkarya di blog ini lagi.. hehe. Target nak update blog 1 kali untuk 1 minggu. Harapnya dapat lah konsisten itu. Tapi kalau banyak idea, banyak la entry.. 😄 Jangan lah kamu kamu bosan pulak ye nak singgah ke sini.

Kali ni nak kongsi pengalaman berniaga. Hari ni hari ke-3 berniaga di Sekolah Bukit Jalil; rendah dan menengah (Isnin, Selasa, Khamis), tinggal esok lagi sehari (Jumaat). Start gerak pergi niaga sekitar pukul 11 pagi. Sekitar pukul 2.30-3.00 petang dah bungkus balik dah. Tak lama mana pun, tapi kalau budak-budak datang sekali ramai berebut-rebut, aduh nak pengsan rasa. Pinggang pun boleh sakit ok. Bukan apa, niaga atas food truck, budak-budak sekolah rendah yg kecil comel molek tu x berapa nak sampai nak ambil barang belian dan menghulurkan duit. Terpaksa la diri ni yg membongkok ke bawah untuk memberi dan mengambil. Fuhh patah pinggang kalau sekali ramai yg datang macam tu tahu.

Saja tolong cousin berniaga sementara free sebelum mula training or keje lagi. At least dapat lah tambah duit poket sikit. 😏 Kami jual Ayam RM1 dan Air Milo juga RM1. Dekat sekolah mana boleh jual mahal-mahal, nanti tak ada siapa beli. Nak niaga kena lah pandai tengok tempat dan kadar nya. Tak gitu?

Sepanjang niaga tak sempat nak tengok phone pun, so gambar pun tak dapat nak snap bebanyak. Ada la sikit masa mula-mula niaga tu. Nak jugak kan sebagai kenangan. Korang nak tengok jugak? Meh sy kongsi sikit gambar dan video yg sempat dirakamkan. Hehehe!



My cousin & I 
(yg tengah busy kat belakang tu i ok, bukan yg depan nih. haha)

Video 👇👇👇


Berniaga ni seronok, tapi dalam masa yg sama penat. Tu dah adat lah kan? Sebenarnya ikutkan kerja apa pun tetap akan penat jugak, sebab kita guna tenaga kan. Yang penting kerja tu mesti lah dari sumber yg halal. Itu yg paling utama 👍Okey lah. Rasanya sampai di sini saja. Kita jumpa lagi lain kali lain hari di lain entry.

Sekian


Pengalaman Interview SL1M Sime Darby

Friday 6 April 2018

Assalamualaikum

Alhamdulillah berpeluang untuk kongsi pengalaman saya sendiri. Pengalaman apa? Pengalaman temuduga untuk program SL1M. Apa itu SL1M? Untuk yang tak tahu atau tak pasti apa itu SL1M, boleh klik sini.

Dah tahu apa itu SL1M? Bagus 👍.. Boleh la sy ceritakan pengalaman sy 😉

Masa apply dekat JobStreet, tak terfikir pun nak dapat panggilan ke apa ke. Just main apply je sebab memang tengah cari kerja. Maklum lah baru habis belajar, apa lagi job hunting lah. Dah apply, buat tak tahu, dan seminggu lepas tu rasanya dapat panggilan..

"Hello can I speak with Fatin Balkis? I'm 'name' from Sime Darby calling for SL1M program." - something macam ni lah kan..

Mak aih, masa dengar perkataan SL1M & Sime Darby, luas rasa mata terbukak.. hahahaha. So dia call inform katanya dapat panggilan untuk temuduga pada 4 April 2018. Masa tu rasa macam tercengang-cengang, dia tanya nak pergi tak pun just cakap "can't decide yet". Pastu dia kata nak email details semua. Jadinya tunggu la email dari dia. Memang betul lah dia mintak datang temuduga pada 4 April 2018 di Wisma Sime Darby dengan bawa beberapa documents yg diminta dan diperlukan.

Kelam kabut la balik ke Kajang untuk pergi temuduga. Gerak dua hari awal, buat preparation siap-siap dah sebelum bertolak. Kira sehari sebelum temuduga tu pergi check cari tempat kat mana. Dah jumpa tu rasa macam kagum giler, company bapak besar. Tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur pulak tu. Pergi naik train dari Kajang. Naik Mrt turun stesen Maluri tukar naik LRT ke stesen Sultan Ismail. Terus sampai!

Image result for pengalaman sime darby

Pada hari temuduga, berdebar cuak penat semua ada la. Masuk bangunan, lapor ke kaunter ambil pas pelawat. Then naik atas, tunggu dalam bilik training. Tunggu punya tunggu, jeng jeng jeng........ Masuk la staff yg handle kitaorg ni. Masa tu ada dalam 14 candidates - IT & HR students. Dia pun bagi kata pembuka sikit dan bermula lah debaran nya.



Untuk sesi temuduga SL1M Sime Darby, ada 3 assessments:-

1) Communication Skills. Masa ni kita akan duduk dalam satu group, hari tu 6 org per group, duduk dan bincangkan tentang topik yg di beri selama 10 minit. Kena cukupkan 10 minit tu taw! Macam ala-ala muet tu fully English please.

2) Story Telling. One-to-one section for 5 minutes. Masa ni dia nak nilai kita berapa banyak kita boleh berkomunikasi dalam English. Confident ke tidak, grammar bagai tengok elok ke tidak. Kena lah nilai sebab company tu language dieorg English. Mesti la dia nak kita boleh communicate dalam English kan?

3) Interview. Ini macam biasalah. Interview face to face & one-to-one dengan interviewer.

Alhamdulillah walaupun takot sangat ketar habis tangan mulut, tapi sy berjaya lepasi ketiga-tiga assessments tersebut. Sejujurnya main hentam je, bukan reti mana pun nak speaking ni. Adui lah, terseksa jiwa raga taw! Dah lepas semua lega ya amat rasa. Kepala pun fikir rumah dan katil je. hahahaha.. So ini lah sikit sebanyak yg boleh sy kongsikan bersama 😊 Kalau ada rasa nak tanya, boleh comment kt bawah atau direct email sy di bieybalkis@gmail.com.

Bagi yg baru nak pergi temuduga, sy ucapkan selamat berjaya, banyakkan berdoa dan tawakal. Ada rezeki takkan kemana. Percayakan Allah. Terima kasih sebab sudi luangkan masa membaca coretan sy ini. Kita jumpa lagi lain kali 👋

Sekian


Bismillah

Monday 26 February 2018

Assalamualaikum

This is my first entry ever for this blog.. 😁

Ya Allah dah lama sebenarnya tak mem'blog' ni. Atas courage dari mama, terhasil juga blog ini. Rasa macam budak baru belajar sangat. Dah lupa dah macam mana nak hidupkan blog macam dulu dulu (masa zaman sekolah). Dah berzaman tinggalkan sekolah, dah 8 tahun kot. MashaAllah how time flies.... tua nya diri ini rasa 😞

Belum decide lagi nak fokus entry tentang apa. Tapi rasanya semestinya tentang kisah hidup sehari harian seorang yang bernama Bee Arie.

Salam perkenalan buat semua 💝

Sekian


 
COPYRIGHT BY BEE ARIE 2018